بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.”
Mengapa Kita Perlu Menunaikan Umrah
Kewajiban Sebagai Muslim & Tetamu Allah
Umrah dari segi istilah ialah menziarahi Masjid Al-Haram dan melaksanakan ibadah-ibadah yang tertentu. Tertentu di sini, merujuk kepada berihram, tawaf, saie dan seterusnya bertahallul. Aktiviti tawaf dan saie hanya disyariatkan di sini.
Umrah adalah WAJIB berdasarkan firman Allah,
وَاَتِمُّوا الۡحَجَّ وَالۡعُمۡرَۃَ لِلّٰہِ
“Dan sempurnakan haji dan umrah kerana Allah,”
[Al-Baqarah, 2: 196]
Kalimah “Atimmu” merupakan kata perintah yang membawa kepada hukum wajib yang secara jelas mewajibkan kita menunaikan umrah dan haji kerana Allah.
Namun diperjelaskan dalam hadis Nabi, ketika menjawab soalan Malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki, ketika ditanyakan mengenai Islam, terakhir Nabi menyebutkan “Menunaikan haji di jalanNya bagi yang berkemampuan,” Perintah ini, selain daripada membawa pengertian WAJIB, juga mengingatkan kita bahawa menunaikan umrah ataupun haji ini mestilah kerana Allah. Perlu diketahui bahwa menjadi tetamu Allah ﷻ bukanlah sekadar melakukan perjalanan ke Masjidil Haram. Menjadi tetamu Allah bererti memiliki niat yang kuat untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan melakukan segala sesuatu dengan tujuan untuk mencari redha-Nya.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah ﷺ bersabda:
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّة
Maksudnya: “Antara 1 umrah ke umrah yang lain, adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur pula tiada balasan untuknya kecuali syurga.”
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Umrah, no: 1773].

Perjalanan Umrah yang Lengkap
Umrah serendah RM7,490 dari Warzuqni

Pakej Umrah Ramadhan & Syawal 1447H 2026M
Umrah serendah RM8,890 dari Warzuqni

Perjalanan Umrah yang Premium 12H 10M
Umrah Premium serendah RM11,590 dari Warzuqni