
WARKAH IKHLAS DARI PENGARAH
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِي
Dalam denyut waktu yang terus berlalu,
di tengah hiruk-pikuk dunia yang tak pernah lena,
terbitlah satu jemputan abadi—
satu perjalanan bukan sekadar ke tanah yang jauh,
tetapi ke arah hati yang lebih dekat dengan Ilahi.
Kami di WARZUQNI Tavel & Tours, bukan hanya pemandu destinasi,
tetapi teman seperjalanan menuju ketenangan,
memudahkan setiap langkah,
menenangkan setiap debar,
agar safar ini menjadi kisah terindah antara hamba dan Tuhannya.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nissa ayat 100:
“Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan mendapati banyak tempat yang selamat dan rezeki yang melimpah ruah di muka bumi. Orang-orang yang keluar dari kampung halamannya dan mati dalam keadaan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya pahala mereka telah terjamin di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Langkah kalian bukan langkah biasa,
tetapi jejak keampunan, denai kerinduan,
dan jalan kembali kepada fitrah yang suci.
Perjalanan ini bukan bermula di lapangan terbang, tetapi di hati yang rindu dan akal yang berfikir, dan ia tidak berakhir di Tanah Suci, tetapi berterusan dalam amal yang hidup hingga akhir usia. Wassalam.
Lembaga Pengarah

Pengerusi Eksekutif
Puan Noor Hanina

CEO
En Azrimal

Pengarah Urusan
Tuan Hanif
Bahagian Pengurusan

En Syahid

En Hairul

Puan Eili

En Fakhrul

En Firdaus

En Naim
VISI WARZUQNI
Menjadi antara peneraju utama dalam industri pelancongan dengan menyediakan pengalaman perjalanan yang unik, berkualiti, dan penuh makna kepada pelanggan, sambil mendidik hati tentang kebesaran Tuhan
MISI WARZUQNI

Memberikan pengalaman pelancongan yang sentiasa dalam ingatan dengan menyediakan pakej perjalanan yang lengkap dan disesuaikan mengikut kehendak setiap pelanggan.

Memberi pengetahuan baru dan pengembangan budaya melalui pengalaman yang memperkenalkan keunikan dan keindahan setiap destinasi yang dikunjungi.

Membangun hubungan yang kukuh dengan pelanggan melalui perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan sentiasa memenuhi harapan mereka.

Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menawarkan pelbagai pilihan destinasi yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat, dari percutian keluarga hingga percutian solo.
MOTTO WARZUQNI
Satu Jejak Selaut Kenangan
TERAS TERAS WARZUQNI

Niat yang tulus, demi redha NYA
Setiap Langkah/perbuatan kami bermula dengan niat, bukan hanya urus niaga tetapi ibadah. Kerana membawa tetamu-Nya bukan sekadar tugasan, ia adalah amanah yang menuntut keikhlasan.

Perjalanan Ilmu & Jiwa
Kami tak hanya mengatur tiket dan tempat,tetapi membekal hati dengan panduan dan hikmah. Setiap taklim, setiap doa,
membina jiwa agar bersedia menyambut panggilan Nya.

Pengurusan Menenangkan
Dari detik pertama hingga langkah pulang,
kami usahakan kelancaran seumpama arus yang damai. Kerana dalam urusan ibadah,
keteraturan adalah ketenangan.

Keselesaan Sepanjang Kembara
Kami percaya bila badan dalam keadaan tenang, hati pun mudah terserap dalam ibadah. Maka kami sediakan ruang yang selesa, suasana yang selamat dan jarak yang berdekatan, agar jiwa hanya tertumpu kepada Yang Maha Esa serta fikiran yang tidak berbelah bagi ketika berada di destinasi yang dituju.

Sentuhan Hati Dalam Layanan
Bukan pelanggan, tapi saudara seperjalanan.
Kami iringi anda dengan senyuman dan doa,
supaya rasa seperti bersama keluarga, di bumi yang paling dekat dengan langit Nya.